Soalan-Soalan Lazim:
DASAR BERKAITAN JAMINAN KUALITI

FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti adalah satu kompilasi soalan-soalan yang sering diajukan oleh pihak-pihak berkepentingan kepada MQA. Kompilasi ini disediakan bertujuan memudahkan pihak-pihak berkepentingan mendapatkan jawapan terhadap persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dengan cepat dan mudah. Jawapan-jawapan yang disediakan adalah selaras dengan dasar-dasar semasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), standard bidang dan keperluan badan profesional.

Kompilasi FAQ ini dibahagikan kepada enam tajuk utama iaitu:

  • Penawaran Program
  • Sistem Semester
  • Kurikulum
  • Kelayakan masuk
  • Pindah kredit dan pengecualian kursus
  • Lain-lain

Adalah diharap, dengan adanya FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti dapat membantu pihak-pihak berkepentingan memahami dan mematuhi dasar-dasar jaminan kualiti agar dapat diaplikasikan dalam proses jaminan kualiti di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing.

Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Sektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran
Agensi Kelayakan Malaysia
2014


SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah bentuk penamaan program pada skrol pelajar perlu dinyatakan?

2. Adakah kelayakan dari program Degree Transfer Programme layak mendapat skrol pengajian setelah tamat pengajian di PPT tempatan?

3. Berapakah nilai kredit bagi Latihan Industri dan berapa bulan tempoh penawarannya?

4. Bolehkah Latihan Industri ditawarkan sebanyak 9 kredit dalam semester panjang selama 4 bulan?

5. Adakah pelajar yang sedang bekerja yang mengikuti program secara separuh masa dikecualikan daripada mengikuti Latihan Industri?

6. Bolehkah Latihan Industri ditawarkan bersekali dengan kursus-kursus lain dalam satu semester?
7. Bolehkah sesuatu program yang dilaksanakan secara modular membuat pengambilan pelajar melebihi 3 kali setahun?

8. Adakah pengambilan pelajar bagi program postgraduate by research boleh dilakukan sepanjang tahun tanpa tertakluk kepada dasar sistem semester?

9. Berapa kursus yang perlu diletakkan pada setiap semester dan berapa jumlah kredit maksimum yang boleh ditawarkan dalam setiap semester?

10. Adakah program Foundation boleh ditawarkan melebihi 50 kredit dalam masa setahun?
12. Apakah dasar yang perlu dipatuhi berkaitan dengan perubahan kurikulum?

13. Adakah PPT perlu memohon kelulusan sekiranya mengubah tempoh pengajian, perubahan nilai kredit bergraduat dan jumlah semester?
14. Adakah pelajar yang mempunyai ijazah sarjana muda (tahap 6, MQF) boleh membuat kemasukan terus ke ijazah kedoktoran (tahap 8, MQF) tanpa kelayakan ijazah sarjana (tahap 7, MQF)?

15. Bolehkah pelajar yang mempunyai dua kelayakan yang setara membuat penggabungan kelayakan untuk memenuhi syarat kelayakan masuk? (Contoh: SPM +O-Level atau STPM + A-Level)

16. Bolehkah pelajar yang mempunyai kelayakan Certified Accounting Technician (CAT) memohon masuk ke program ijazah sarjana muda?

17. Bolehkah kelayakan The London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) (Tahap 1, 2 dan 3) digunakan untuk kemasukan ke program foundation?

18. Bolehkah kelayakan akademik yang diperolehi pelajar menggunakan kelayakan masuk yang tidak memenuhi syarat minimum untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi?

19. Adakah kemasukan terbuka (open entry) dibenarkan untuk masuk ke program badan profesional?

20. Bolehkah kelayakan Unified Examination Certificate (UEC) Senior Middle Three digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke program Diploma Eksekutif (tahap 4, MQF)?

21. Bolehkah kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke ijazah sarjana muda (tahap 6, MQF) selain bidang Pengajian Islam?

22. Bolehkah PPT menawarkan bridging programme kepada pelajar yang tidak memenuhi kelayakan masuk minimum ke sesuatu program?

23. Bolehkah keputusan SPM digabungkan sebagai kelayakan masuk ke program pengajian? Apakah dasar yang berkaitan dengan tempoh sah laku dan penggabungan keputusan SPM?

24. Seorang pelajar yang mempunyai 2 kepujian dalam SPM dibenarkan untuk masuk ke program diploma (tahap 4, MQF). Sewaktu dalam pengajian, beliau mengambil SPM ulangan untuk mencukupkan kredit beliau. Adakah situasi seperti ini dibenarkan?
25. Adakah pemindahan kredit bagi kelayakan Advanced Diploma (tahap 5, MQF) dibenarkan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (tahap 6, MQF)?

26. Bolehkah seseorang pelajar yang mempunyai kelayakan foundation membuat pemindahan kredit ke peringkat diploma (tahap 4, MQF) / ijazah sarjana muda (tahap 6, MQF)?

27. Bagaimanakah kaedah pindah kredit dilaksanakan?

28. Adakah pindah kredit secara horizontal (di tahap yang sama, contoh: diploma (tahap 4, MQF) ke diploma (tahap 4, MQF) dibenarkan bagi pelajar yang ingin bertukar program?

29. Adakah pindah kredit secara vertical (ke tahap yang lebih tinggi, contoh: sijil (tahap 3, MQF) ke diploma (tahap 4, MQF) dibenarkan?

30. Apakah yang dimaksudkan dengan program mobiliti dan syarat-syaratnya?

31. Adakah pemindahan kredit termasuk Mata Pelajaran Wajib (MPW) / Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dibenarkan bagi program mobiliti?

32. Adakah pindah kredit dibenarkan bagi pelajar yang gagal program tetapi ingin melanjutkan pengajian ke program yang sama di institusi lain?

33. Gred lulus bagi tujuan pemindahan kredit adalah Gred C. Adakah pindah kredit boleh dilaksanakan sekiranya skala penggredan bagi 2 institusi adalah berbeza? Sebagai contoh:
  1. Gred C universiti A ialah bagi julat markah 50 - 59
  2. Gred C universiti B ialah bagi julat markah 70 - 74

34. Gred lulus bagi tujuan pindah kredit adalah Gred C. Adakah pemindahan kredit dibenarkan sekiranya gred lulus kursus yang ditetapkan oleh PPT adalah Gred D?

35. Apakah syarat-syarat kursus yang boleh digunakan bagi tujuan pengecualian kursus?

36. Adakah pindah kredit daripada peringkat diploma (tahap 4, MQF) ke ijazah sarjana muda (tahap 6, MQF) dengan maksimum 30% termasuk Latihan Industri?
37. Apakah dasar yang berkaitan dengan pengambilan staf akademik?

38. Bolehkah PPT memfrancaiskan program yang telah mendapat perakuan akreditasi namun telah tamat tempoh / tidak dikendalikan lagi?

 

  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my