NOTE : Page only available in Malay version

KENYATAAN MEDIA MENGENAI DVM : KLIK SINI

FAQ BERKAITAN SIJIL VOKASIONAL (SVM) DAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)

SYARAT KEMASUKAN KE SVM/DVM

LALUAN PELAJAR SVM/DVM

STATUS PENILAIAN AKREDITASI MQA

JAWAPAN : Syarat kemasukan ke SVM/DVM

  • Adakah MQA menguruskan syarat kemasukan ke program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan program Diploma Vokasional Malaysia (DVM)?

    Tidak. Mohon rujuk ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


  • Apakah pra syarat kelulusan untuk menyambung pengajian ke peringkat DVM di Kolej Vokasional?

    Mohon rujuk ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


  • Adakah SVM setara dengan mana-mana kelayakan. Contohnya Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM)?

    MQA mengguna pakai penyetaraan kelayakan yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melalui surat bertarikh 28 Mac 2016. Pihak LPM telah menyetarakan SVM dengan 3 kredit SPM berdasarkan syarat-syarat berikut:

    1. PNGK Akademik sama atau lebih 3.33;
    2. PNGK Vokasional sama atau lebih 3.67 dan kompeten semua modul vokasional; dan
    3. Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104;

    Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3, KKM).


  • Apakah syarat serta ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi kemasukan graduan DVM terus ke peringkat tinggi?

    Kelayakan DVM boleh digunakan sebagai syarat kelayakan masuk ke IPT tertakluk kepada kelulusan Senat IPT masing-masing dengan mengambil kira SVM setara dengan 3 kredit SPM bagi calon yang memperoleh:

    1. PNGK Akademik sama atau lebih 3.33;
    2. PNGK Vokasional sama atau lebih 3.67 dan kompeten semua modul vokasional; dan
    3. Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104;

    Walau bagaimanapun, pelaksanaan kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM ini adalah bagi lulusan DVM kohort 2012 sahaja. Manakala bagi lulusan DVM kohort 2013-2016, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada pengecualian Lulus Sejarah dalam SPM yang akan diputuskan kelak. Pautan kepada surat daripada KPT, sila klik di sini.


  • Bagaimana pula dengan pelajar SVM yang tidak memenuhi syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya?

    Pelajar berkenaan boleh mengguna pakai laluan pendidikan APEL untuk ke peringkat pengajian seterusnya tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat serta kriteria APEL yang ditetapkan.


  • Adakah pelajar lepasan SVM boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma di ILKA/ILKS?

    Boleh, sekiranya kelayakan SVM kohort tahun 2012 mereka setara dengan 3 kredit SPM seperti mana syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.


JAWAPAN : Laluan Pelajar SVM/DVM

  • Adakah pelajar SVM dan DVM boleh diterima bekerja?

    Boleh. Walau bagaimanapun ia tertakluk dengan dasar semasa pihak majikan yang berkaitan.


  • Adakah pelajar DVM layak mendapat pemindahan kredit ke peringkat seterusnya?

    Pelajar DVM layak untuk dipertimbangkan pemindahan kredit mengikut polisi dan dasar semasa sedia ada.


  • Bagaimanakah dengan pelajar SVM yang cukup syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit untuk ke program Diploma Akademik (Tahap 4, MQF). Namun, tidak cukup syarat (contohnya subjek tertentu yang tidak disetarakan oleh LPM dengan SPM) seperti yang ditetapkan dalam standard program tertentu?

    Pelajar berkenaan boleh melanjutkan pengajian ke bidang lain yang tidak menetapkan keperluan subjek tertentu.


  • Adakah kelayakan SVM hanya layak ke DVM sahaja?

    Tidak. Kelayakan SVM boleh digunakan ke program Diploma Akademik (Tahap 4, KKM) tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat kelayakan masuk mengikut standard program, badan profesional dan kelulusan pihak KPT.

    Buat masa ini hanya bagi lulusan DVM kohort 2012 sahaja.


  • Adakah kelayakan DVM boleh diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Muda akademik (Tahap 6, KKM)?

    Boleh. Tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat kelayakan masuk mengikut standard program, badan profesional dan kelulusan pihak KPT.

    Buat masa ini hanya bagi lulusan DVM kohort 2012 sahaja.


JAWAPAN : Status Penilaian Akreditasi MQA

  • Adakah DVM mempunyai Akreditasi daripada MQA?

    Buat masa ini, DVM telah diberikan Perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA dan sedang dalam proses penilaian bagi Akreditasi Penuh.


  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my