KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menubuhkan Jawatankuasa Akreditasi bidang Sains dan Sastera yang bertanggungjawab menerima, menilai, menganalisis laporan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh program atau kelayakan serta membuat keputusan sama ada memberi, menolak atau membatalkan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh program atau kelayakan (kecuali untuk program atau kelayakan profesional) daripada Pemberi Pendidikan Tinggi. Jawatankuasa ini terdiri daripada 20 orang (10 orang setiap bidang tidak termasuk Pengerusi) yang dianggotai oleh ahli akademik dan industri. Jawatankuasa ini bermesyuarat secara berkala (bulanan).

Tarikh-tarikh MJA pada tahun 2017 adalah seperti berikut:

Statistik MJA : Bil.10/2017


Keputusan MJA KATEGORI
Lulus Kekal Akreditasi Penuh Tolak Batal Perakuan Akreditasi Sementara Batal Akreditasi Penuh Tangguh
Akreditasi Provisional (PA) 44 - 2 - - 5
Akreditasi Penuh (FA) 49 - - - 1 4
Pematuhan Akreditasi (CA) - 14 - - - -

*Program yang telah ditolak Akreditasi Penuh dan dibatal Perakuan Akreditasi Sementara / Perakuan Akreditasi Penuh boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan diterima.

 



MQA telah membuat penambahbaikan dalam proses jaminan kualiti MQA dengan memansuhkan pengeluaran Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (CQC) dalam proses mendapatkan Akreditasi Sementara. Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah dimaklumkan berkenaan penambahbaikan proses ini melalui Surat Makluman MQA Bil. 5/2015 [Ruj. MQA.100-1/7/2 (16)] bertarikh 23 Disember 2015. Sehubungan itu, MQA akan mengeluarkan surat Perakuan Akreditasi Sementara bagi program yang telah diluluskan Akreditasi Sementara berkuatkuasa mulai Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) Bil. 1/2016.


Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Perakuan Akreditasi Sementara oleh pihak PPT boleh dimuat turun di sini.
  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my