MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version



MAKLUMAN PENGGUNAAN KELAYAKAN PERSEKOLAHAN LUAR NEGARA
UNTUK KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA


BAHAGIAN A


Sukacita dimaklumkan, terdapat sedikit perubahan pada pendekatan MQA menyetarakan kelayakan persekolahan luar negara untuk kemasukan ke program pengajian tinggi di Malaysia ekoran pengeluaran Surat Pekeliling MQA Bil. 5/2014 bertarikh 22 Disember 2014.

Secara umumnya, penggunaan kelayakan persekolahan luar negara untuk kemasukan ke program pengajian tinggi di Malaysia adalah seperti berikut;

  1. Kelayakan 12 tahun persekolahan boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke Tahap 6 MQF;
  2. Bagi kelayakan di bawah 12 tahun yang merupakan exit qualification di negara asal boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke Tahap 4 MQF atau Program Asas (foundation); dan
  3. Penggunaan sesuatu kelayakan juga tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat-syarat kemasukan minimum yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau badan-badan professional yang berkenaan.

Sebagai contoh, seperti yang diperincikan dalam Surat Pekeliling MQA Bil. 5/2014, syarat kemasukan bagi kelayakan persekolahan dari Indonesia adalah seperti berikut;

  1. Pelajar tamat SMU3 / SMA* dengan gred purata 5 - 5.9 layak memasuki program asas (foundation) atau Tahap 4 MQF (Diploma); dan
  2. Pelajar tamat SMU3 / SMA dengan gred purata 6 - 10 layak memasuki program Tahap 6 MQF (Ijazah Sarjana Muda).

[*Nota: Kelayakan Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) turut boleh digunakan dengan gred purata yang sama. SMU2 bukan exit qualification di Indonesia, maka kelayakan SMU2 tidak boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke mana-mana program pengajian]


Surat Pekeliling MQA Bil. 5/2014 boleh dimuat turun pada pautan di bawah.


Buat masa ini, rujukan umum mengenai kelayakan masuk bagi pelajar antarabangsa boleh dirujuk seperti senarai berikut


Bil. Tajuk Muat Turun
1. Surat Makluman MQA Bil. 4/2015
2. Surat Pekeliling MQA Bil. 5/2014
3. Senarai Kelayakan Masuk bagi Pelajar Antarabangsa

Bahagian B


Sekiranya berhasrat mendapatkan surat pengesahan ke atas kelayakan yang dimiliki, pemohon dikehendaki mengisi lengkap Borang NT-01 dengan melampirkan sekali sesalinan sijil rasmi dan transkrip akhir kelayakan, sama ada dengan datang terus ke pejabat MQA, melaui pos atau e-mel ke alamat perhubugan berikut:

Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Tingkat 13A, Menara PKNS-PJ
Jalan Yong Shook Lin
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA


Telefon: +603-7968 3354
Faks: +603-79544158
E-mel: syuhadah[at]mqa.gov.my

Pihak kami juga juga boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung senarai kelayakan masuk bagi pelajar antarabangsa.

Bil. Tajuk Muat Turun
1. Borang Permohonan NT-01 (Versi Bahasa Inggeris)
2. Borang Permohonan NT-01 (Versi Bahasa Melayu)
  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my